Thursday, 9 June 2011
Tahukah Anda ??
Industri walit bukan satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini, penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besaran-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan. Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran. Ianya perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau. Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis burung ini di Malaysia. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini. Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 - RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses. Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.
Potensi Industri Sarang Burung Walet
1. Kelulusan Pihak Kerajaan
2. Pengeluaran Lesen
3. Penglibatan Agresif Pihak Swasta
4. Permintaan Melebihi Penawaran
5. Harga Sarang Burung Sangat Mahal
6. Modal Sekali : Untung Selama-Lamanya
7. Tambah Nilai Hartanah (Rumah Burung Walet)
8. Terdapat Di Kawasan Asian Sahaja
9. Pembiakan Secara Semulajadi
10. Daya Saing Sama Antara Bumiputera Dan Bukan Bumiputera
11. Komitmen Paling Minima
12. Risiko Hampir ’O’
13. Keuntungan 90% Dari Perolehan
Subscribe to:
Posts (Atom)